krjpenang

Wednesday, January 24, 2007

Hijrah X-PLORE 07 KRJ SPS

Alhamdulillah, pada 20 & 21 Jan 2007, KRJ SPS telah berjaya mengadakan Hijrah Xplore Race dan Forum Perdana sempena sambutan Maal Hijrah 1428 bertempat di SMK Seri Nibong.
Hijrah Xplore Race bagi pelajar lelaki diadakan pada 20 Januari 07, pukul 2-5 petang melibatkan 12 kumpulan pelajar tingkatan 1-5 seramai 150 orang. Sebelum dilepaskan untuk perlumbaan, setiap kumpulan diberi barang amanah iaitu sebiji telur dan ubat nyamuk. Peserta-peserta Hijrah Xplore Race melalui 7 check point (4 check point permainan & 3 check point menjawab soalan-soalan berkaitan sirah & fardhu ain). Check point permainan adalah seperti berikut:
1) Gelung kertas
2) Piramid manusia
3) Gelang getah manusia
4) Tutup mata & masukkan marker ke dalam botol


Hijrah Xplore Race bagi pelajar perempuan pula diadakan pada 21 Januari 07, 9pagi-12.30thgr melibatkan 14 kumpulan yang ke semuanya berjumlah 120 orang. 3 remaja India turut sama melibatkan diri. Mereka juga diberi barang amanah dan melalui 8 check point. 3 checkpoint adalah permainan:
1) Permainan lidi
2) Gelang getah manusia
3) Tutup mata & masukkan marker ke dalam botol

















Pada sebelah malam 20 Jan, Forum Perdana Maal Hijrah diadakan pada pukul 9-11 mlm. Ahli-ahli panel adalah Ustaz Aziz (wakil PPD SPS), Dr Rizal (JIM SPS) dan Cikgu Ismail (Kaunselor).















Walaupun kepenatan setelah melalui Xplore Race, pelajar-pelajar tetap memberikan perhatian terhadap topik yang dibincangkan.

Sambutan Maal Hijrah ini diteruskan lagi dengan pertandingan mencipta logo & pantun hijrah. Acara kemuncak adalah kuiz perdana Maal Hijrah & majlis penutup yang akan diadakan pada 26 januari 07, Insya Allah.

Sekian dulu...Hingga ketemu lagi..Terima kasih

Ust Nik Aufa & Dr. Aida melaporkan dari SPS

Thursday, January 18, 2007

KENALI PIMPINAN KRJ PENANG



Assalamualaikum wbh kepada semua pencinta Islam terutama adik-adik yang terus setia melayari blog KRJ Penang yang tak seberapa ini. Kali ini kita mulakan dengan sessi 'taaruf' oleh para pimpinan KRJ Penang dimulai oleh pengendali blog sendiri. Kalau perlu maklumat lanjut boleh hubungi no telefon yang diberi, terima kasih.

Nama: Mejar Zaidi bin Ahmad

Tarikh lahir: 01 Nov 1968

Tempat: Kota Kuala Muda, Kedah.

Kelulusan: SPM

Pekerjaan: Juruterbang di TUDM Butterworth

Alamat Rumah: Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Sbg Perai Utara.

Maklumat keluarga: Isteri Shafinah bt Abd Hamid (Padang Menora, SPU)

Anak 1 Muhammad Hafizuddin 13 Thn SM Al Islah, S petani

Anak 2 Nur Nazifah 10 Thn S Ren Al-Islah, SP

Anak 3 Nur Syifaa 1 1/2 Thn


Penglibatan dalam KRJ : Sejak 2006

Hobi: Tangkap ikan (pakai pukat atau jala, pancing boring), aktiviti lasak, melancong

Negara2 pernah dilawati: Thailand, Singapore, Bosnia, Italy, UK

Motto dalam hidup: Hendak seribu daya..........

Cita-cita jangkapendek: Tawan Gunung Tahan 2008

Cita-cita jangkapanjang: Jadi PM kot............

Makanan kegemaran: Ulam-ulaman dan sambal belacan

Minuman kegemaran: Karot susu (jaga mata)

Sekian dulu, banyak sangat nanti orang boring plak. Wassalam.

Sunday, January 14, 2007

MENDAKI GUNUNG JERAI - PROJEK KRJ UNTUK CUTI PENGGAL PERTAMA 2007





Sebagai pembuka tirai tahun 2007 yang telah diisyhtiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia maka KRJ Penang telah mengambil initiatif untuk membawa adik-adik untuk melawat dan merasai keseronokan memanjat puncak tertinggi di negeri Kedah iaitu Gunung Jerai. Gunung yang dapat dilihat dengan jelas dari Pulau Pinang ini mempunyai ketinggian sekitar 4300 kaki dan suhu waktu siang dipuncaknya adalah sekitar 25 darjah celcius. Pendakian akan dibuat pada 13 Mac pagi Selasa dan turun pada 14 Mac tengahari Rabu. Kepada adik-adik yang berminat sila hubungi Mejar di 019-4756474 (SP & SPU), Dr Shimah 019- 4761535 (SPT), Kak latifah 013-4383131 (Pulau). Sementara itu lihatlah beberapa gambar menarik di Gunung Jerai.

Wednesday, January 10, 2007

KELAB REMAJA JIM PULAU PINANG









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua. Alhamdulillah pada hari ini tanggal 11 jan 07 bersamaan 21 Zulhijjah 1428 sejarah tercipta lagi apabila blog rasmi KRJ Penang telah di'hidup'kan semula setelah blog yang lama tidak dapat di'access' kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Diharapkan dengan adanya blog baru ini akan menjadi pencetus kepada aktivisme KRJ yang lebih rancak lagi di negeri Pulau (dan Sbg perai) Mutiara ini.

Diharapkan selepas ini blog ini akan menjadi medan perbincangan dan juga penyebaran berita serta aktiviti remaja di setiap daerah di Pulau Pinang. Buat permulaan disini dipaparkan gambar-gambar sekitar Kem Motivasi Remaja di Sungai Sedim pada bulan Disember 06 yang lepas. Kepada adik-adik peserta atau fasi yang mempunyai gambar 'personal' dialu-alukan untuk menambah kedalam blog ini.

Sekian, wassalam.