krjpenang

Sunday, January 14, 2007

MENDAKI GUNUNG JERAI - PROJEK KRJ UNTUK CUTI PENGGAL PERTAMA 2007





Sebagai pembuka tirai tahun 2007 yang telah diisyhtiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia maka KRJ Penang telah mengambil initiatif untuk membawa adik-adik untuk melawat dan merasai keseronokan memanjat puncak tertinggi di negeri Kedah iaitu Gunung Jerai. Gunung yang dapat dilihat dengan jelas dari Pulau Pinang ini mempunyai ketinggian sekitar 4300 kaki dan suhu waktu siang dipuncaknya adalah sekitar 25 darjah celcius. Pendakian akan dibuat pada 13 Mac pagi Selasa dan turun pada 14 Mac tengahari Rabu. Kepada adik-adik yang berminat sila hubungi Mejar di 019-4756474 (SP & SPU), Dr Shimah 019- 4761535 (SPT), Kak latifah 013-4383131 (Pulau). Sementara itu lihatlah beberapa gambar menarik di Gunung Jerai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home