krjpenang

Wednesday, January 24, 2007

Hijrah X-PLORE 07 KRJ SPS

Alhamdulillah, pada 20 & 21 Jan 2007, KRJ SPS telah berjaya mengadakan Hijrah Xplore Race dan Forum Perdana sempena sambutan Maal Hijrah 1428 bertempat di SMK Seri Nibong.
Hijrah Xplore Race bagi pelajar lelaki diadakan pada 20 Januari 07, pukul 2-5 petang melibatkan 12 kumpulan pelajar tingkatan 1-5 seramai 150 orang. Sebelum dilepaskan untuk perlumbaan, setiap kumpulan diberi barang amanah iaitu sebiji telur dan ubat nyamuk. Peserta-peserta Hijrah Xplore Race melalui 7 check point (4 check point permainan & 3 check point menjawab soalan-soalan berkaitan sirah & fardhu ain). Check point permainan adalah seperti berikut:
1) Gelung kertas
2) Piramid manusia
3) Gelang getah manusia
4) Tutup mata & masukkan marker ke dalam botol


Hijrah Xplore Race bagi pelajar perempuan pula diadakan pada 21 Januari 07, 9pagi-12.30thgr melibatkan 14 kumpulan yang ke semuanya berjumlah 120 orang. 3 remaja India turut sama melibatkan diri. Mereka juga diberi barang amanah dan melalui 8 check point. 3 checkpoint adalah permainan:
1) Permainan lidi
2) Gelang getah manusia
3) Tutup mata & masukkan marker ke dalam botol

















Pada sebelah malam 20 Jan, Forum Perdana Maal Hijrah diadakan pada pukul 9-11 mlm. Ahli-ahli panel adalah Ustaz Aziz (wakil PPD SPS), Dr Rizal (JIM SPS) dan Cikgu Ismail (Kaunselor).















Walaupun kepenatan setelah melalui Xplore Race, pelajar-pelajar tetap memberikan perhatian terhadap topik yang dibincangkan.

Sambutan Maal Hijrah ini diteruskan lagi dengan pertandingan mencipta logo & pantun hijrah. Acara kemuncak adalah kuiz perdana Maal Hijrah & majlis penutup yang akan diadakan pada 26 januari 07, Insya Allah.

Sekian dulu...Hingga ketemu lagi..Terima kasih

Ust Nik Aufa & Dr. Aida melaporkan dari SPS

0 Comments:

Post a Comment

<< Home